top of page

For a better life.

Public·7 members

APA AKAN BERLAKU BILA ANDA BERHENTI MENGAMBIL GULA PUTIH?


Terdapat perbezaan antara gula halus dan gula asli. Gula mungkin sedap bila dinikmati, tetapi gula yang diproses tidak baik untuk kesihatan dalam jangka masa yang panjang.
Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala, kelesuan badan dan keradangan.
Mengurangkan gula daripada diet anda berkemungkinan akan mengurangkan keradangan, meningkatkan tahap tenaga anda dan meningkatkan keupayaan anda untuk fokus.
Gula putih, atau dikenali sebagai sukrosa yang diperbuat daripada tebu mengandungi kalori yang tinggi dan tiada khasiat sebenar. 
Menurut kajian yang dijalankan, berhenti mengambil gula putih memang memberikan kesan terbaik. Namun seseorang individu itu perlu bersedia menghadapi kesan sampingan sementara. Di saat tubuh anda cuba untuk membiasakan daripada pengambilan gula, anda akan mengalami keletihan, sakit kepala dan mudah marah. Ada juga yang mungkin mengalami masalah gangguan perut.  
Bagaimanapun, kesan tersebut hanyalah sementara yang akan berlaku dalam masa antara tujuh hingga 14 hari. Setelah badan anda telah biasa dengan tiada pengambilan gula, anda akan menikmati kesan yang hebat.
Antaranya pengurangan berat badan, kulit yang lebih sihat, sistem pencernaan yang lebih baik serta bacaan kadar gula yang lebih seimbang.
Change. adalah produk terbaik sebagai alternatif kepada gula putih. Bukan sahaja bebas kalori, malah tiada gula dan lemak. 

© 2023  Powered by Change MY

bottom of page